13 May, 2008

Dasar Pendidikan Mahathir yang Menjatuhkan Melayu

analisis Aizam Ramli

BANYAK dasar Dr Mahathir yang merosakkan masa depan orang Melayu. Perkataan banyak itu bukan generalisasi kerana melalui dasarnya itulah yang meruntuhkan Melayu hari ini.

Dr Mahathir telah menidakkan Perlembagaan, Perkara 153.

1. Dasar Meritokrasi.

Melalui dasar yang diperkenalkan pada 2002 ini, Dr Mahathir ternyata melayan kehendak kaum lain, kerana dasar ini tidak sedikitpun menguntungkan Melayu yang memang daif. Dasar ini telah menyebabkan universiti awam khususnya di Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan dipenuhi dengan kaum lain. Dasar kuota untuk kemasukan ke universiti telah terlalu elok yang dibuat berdasarkan populasi kaum ketika zaman Tun Razak.

2. Dasar Kemasukan 10 peratus kaum lain ke MRSM/Sekolah Berasrama Penuh/Matrikulasi

Perlembagaan dengan jelas memperuntukkan keistemewaan khusus kepada kaum Melayu dan ini diperuntukkan kerana pengorbanan orang Melayu melalui kontrak sosial yang diberikan. Mahathir seolah-olah melupakan hal ini. Melalui cara ini, pelajar Cina menguasai hampir semua matrikulasi di seluruh negara. Tanyalah anak-anak yang belajar di Kolej Matrikulasi, golongan manakah yang mendapat CGPA 4.000 yang melayakkan mereka memilih kursus perubatan?

Bukan orang melayu tidak pandai, tetapi kerana rata-rata cacat dari segi kewangan menyebabkan mereka tidak boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak, sedangkan kaum lain mampu.

Statistik kuasa beli orang Melayu hanya sekitar RM1500, sedangkan kaum Cina sudah mencecah RM4,000.

Dengan kecacatan yang belum pulih itu, semangat Perlembagaan itu perlu dipertahankan. dalam permainan golf, handicap itu diambil kira untuk memberikan permainan yang adil.

3. Biasiswa/PTPTN tidak lagi khusus kepada Melayu

Pada zaman Dr Mahathirlah, PTPTN diperkenalkan dan tidak lagi diberikan secara ekslusif kepada orang melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

4. Sekolah Cina dan India tumbuh setiap tahun.

Tidak ada negara dalam dunia hari ini yang memberikan sekolah-sekolah menggunakan bahasa pengantar mengikut kaumnya. Sekolah dijadikan tempat untuk mengasimilasi kaum kepada satu bangsa, seperti berlaku di Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Malah, seperti di Indonesia dan Thailand, nama diri mereka juga perlu mengikut nama yang menggambarkan negara mereka. Di Malaysia dan dipersuburkan oleh Mahathir, nama-nama mengikut kaum kekal.

5. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.

Mujurlah tidak ada orang Melayu yang mahu menyaman kerajaan berhubung isu ini, kerana penggunaan bahasa Inggeris kepada Sains dan Matematik menjadikan hampir semua subjek di sesetengah sekolah seperti Matrikulasi, mengajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sedangkan, dalam Akta Pendidikan itu sendiri di nyatakan dengan jelas medium pengajaran ialah Bahasa Malaysia. Kini peratusan penggunaan bahasa Inggeris sudah melebihi 50 peratus, yang menyebabkan dasar ini bercanggah dengan akta.

6. Gagal menyatukan anak-anak Malaysia ke Sekolah Kebangsaan.

Kaum Cina semakin cenderung ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Orang India juga mendesak setiap masa sekoalh jenis kebangsaan India dan orang Melayu juga ada juga memilih Sekolah agama rakyat. Majoriti orang melayu di Sekolah Kebangsaan. Jurang antara kaum yang dipisahkan melalaui sekolah kerana kurangnya interaksi, maka jauhlah sekali perpaduan antara kaum akan tercapai. Yang ada penyatuan ali-baba. Melayu untung 10 peratus. Cina untung 90 peratus.


5 Comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan penulis bahawa Mahathir bukanlah tulen membela Melayu kerana dia mamak, dan setiap mamak itu biasanya giler kuasa.

Dan, sekarang dia mahukan Najib kerana dia boleh menganakpatungkan Najib berbanding dengan Pak Lah.

Sokongan kepada Muhyiddin nampaknya hanyalah pura-pura kerana anaknya Mukhriz memberikan sokongan penuh kepada Najib. Dia mahukan anaknya diangkat oleh Najib sebagai Menteri penuh, dan seterusnya kepada Perdana Menteri selepas Hishamuddin. Teorinya anak bekas Perdana Menteri perlu jadi Perdana Menteri seperti dilakukan Lee Kuan Yew.

Mansur

Anonymous said...

analisis Mansor ni nampak macam nak menafikan situasi Malaysia. Di Malaysia semuanya anak beranak punya hal.

Jika sultan mewariskan takhta mereka kepada anak-anak lelaki, maka pembesarnya pun apa kurangnya.Macam politik ni datuk nenek mereka punya. Ingatkan Ghandi atau Bhutto saja yang ada trade mark ni. Kat Malaysia ada keluarga Onn, ada keluarga Mahathir, dan juga keluarga Badawi.

Hisyam Aziz

Anonymous said...

saya faham bahawa mewariskan kepimpinan kepada anak-anak sudah menjadi semacam satu tabiat manusia sejagat. Lee Kuan Yew bagi pada Lee Hsien Loong, Anwar bagi pada Azizah dan Nurul Izzah, Lim Kit Siang bagi kepada Lim Guan Eng, Karpal Singh bagi pada Gobind Deo.

Perlu dikaji dan dicari literaturenya mengapa manusia macam tak percaya pada orang lain untuk memerintah selain anak-anak mereka. Adakah legasi, atau harta yang menjadi perkiraan?

Seman Wau Bulan

Anonymous said...

SJKC DAMANSARA DIBUKA SEMULA

Melayu sudah kehilangan kuasa ekonomi.

Mulayu sudah kehilangan kuasa politik, di beberapa negeri.

Melayu juga yang pemilik tanah air ini, sudah kehilangan tanah, kerana diberikan kepada orang lain untuk mengusakan seperti tanah TOL.

Dan, jelas, kini apabila Cina mendesak, bukan sahaja MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jia Zhong terhadap pembukaan semula SJKC Damansara, anak Tun Hussein Onn yang tidak pernah merasai sekolah kebangsaan, kini membukanya semula. Sedangkan Cina dah dapat sekolah baru di Tropicana.

Hassan

Anonymous said...

Saya idak berpendapt bahawa Mahathir seorang yang merosakan masyarakat Melayu di Alam Melau hari ini,walaupun beliau seorang "mamak" nama samaran beliau yang popular. Walaupun komen pertam yang di berikan ole saudara itu alah satu munasabah untuk dipakai tetapi saya berpendapat bahawa orang Melayu adalah terlalu malas untuk belajar jadi tidak salah jika d berikan kouta kepada orang lain dan ini adalah satu keperlua tenaa kerja yang patut di penuhi,tidak payahlah nak merujuk kepada perlembagaan sedangkan al-Quran p orang pinda ni kan pua perlembagaan. Saya menyokong kerajaan memasukan 10 peratus kepada pelajar kaum lain kerana di sini akan wujud persaingan "anak tiri dan anak sendiri" jadi di sini memperlihat satu persaingan kecil yang sihat di dalam sebuah keluarga yang aman. Selalunya anak sendiri akan kecundang akibat kelalaian "ibunya" seperti cerita bawang putih bawang merah. Komen yang ke tiga saya sokong kerana keanyakan orang Melayu adalah orang miskin dan ini amat memeritkan apabila habis belajar dan tidaka dapt kerja walaupun semasa berjanji dengan PTPTN akan bayar selepas belajar. Tidak usahlah ikut sangat perlembagaan ikutlah Yang Maha Perkasa...(MUDI YAB)